KELEBIHAN KAMI

KENAPA PERLU MEMILIH KAMI DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT KAMI UNTUK BANTU ANDA BUKA KEDAI RM2?



Jika di ikutkan pengalaman kami selama 6 tahun ( 2010 - 2016 ) terlalu banyak pengalaman yang telah kami lalui yang boleh kami kongsikan untuk anda semua yang berminat nak buka kedai RM2. Dulu kami menebas lalang untuk membina jalan, tetapi kini anda hanya menggunakan jalan yang telah di siapkan dengan bantuan kami sahaja.  Jom lihat 10 sebab utama kenapa anda perlu memilih kami untuk membantu anda yang berminat untuk buka kedai RM2. Kami sertakan 'fakta' yang sahih supaya anda tidak ragu-ragu.Terlalu ramai ejen/syarikat orang tengah yang menjalankan perkhidmatan sama dengan kami, tetapi 12 sebab utama ini pasti akan membuatkan anda takkan tersalah pilih .....

Sebab 1 : Facebook Page (pemborongbaranganserbaneka)  67,000 like/follower! 


FB Page kami memiliki banyak testimoni, komen , follower dan 67,000 likers. Kami tidak bayar untuk orang like page kami, tetapi kami promosikan  kedai-kedai/hasil kerja yang telah kami bantu. Daripada itu, FB kami di share ramai pihak sehinggan mencecah 67ribu like. Sebenarnya, memang antara tanggungjawab kami ialah untuk mempromosikan kedai yang telah kami bantu, dan hasilnya like mencecah 67,000 dan komen positif yang banyak. Graph pengunjung fb kami juga setiap hari tinggi...Ibarat anda buka kedai maka dan ramai pengunjung ke kedai anda setiap hari.. Sudah pasti sesuatu yang menarik di kedai tu kan? Sama la dgn FB Page kami.. Lihat bukti di bawah ini. 

            

Gambar 1 : Menunjukkan rating 5 Star kami mencecah 400+, Komen mencecah 631+
Gambar 2 : 25 Video original respon drpd customer kami. Bukan video gambar kedai, tetapi komen@respon customer atas servis kami! Jika video gambar kedai, semua org boleh buat kan.
Gambar 3 : FB Page kami yg menunjukkan jumlah LIKE telah mencecah 67,188 (Oktober 2016)
Gambar 4 : Page Reach (Kunjungan org ke Page kami)  sebulan mencecah 25,595+  (Oktober 2016)
** Jika anda kata kami beli LIKE, takkan setiap bulan kunjungan tinggi pun kami beli, betul tak? :-)


Sebab 2 : Kami sudah berdaftar / Verified customer dgn HQ GOOGLE , Belanda


Website asal kami ( www.pemborongserbaneka.com ) telah mendaftar secara SAH dengan IbuPejabat Google di Belanda untuk di masukkan ke dalam list google maps , dan carian google dengan keyword ' pemborongserbaneka '. Ini bukan surat Google Adsense (kami tak pernah langsung guna Adsense). Jadi carian keyword di atas secara automatik akan keluar nama web kami, dan dengan pendaftaran ini, alamat perniagaan kami lebih mudah keluar di google maps, waze dan carian internet lain. Kami tidak perlu menggunakan khidmat Adsense/Iklan berbayar untuk menjadi " Carian tertinggi di Google " kerana kami telah berdaftar secara sah di Google. 95%  peniaga Malaysia tidak lakukan ini. Nak daftar di Google  susah dan leceh juga prosesnya. 

Jika 'keyword/perkataan' yang orang cari tiada saingan lain, memang pasti akan kami akan jadi carian tertinggi di Google. Contoh : Bila orang search KEDAI RM2 di Google, pasti website yg keluar tiada saingan ( keluar web dari company yg sama sahaja ), jadi pasti website tersebut boleh dikatakan 'carian tertinggi' . 



Sebab 3 : Kami pernah di jemput bekerjasama dengan Pihak MARA


Pertama kali di Malaysia, satu penerangan/ceramah terbuka di adakan khusus untuk Peluang Perniagaan Kedai Serbaneka RM2. Belum pernah mana-mana syarikat@orang perseorangan memberikan ceramah khusus menerangkan secara terbuka berkenaan peluang perniagaan ini, terutama daripada usahawan/syarikat bumiputera. Kami telah di jemput 2 kali oleh MARA Mersing untuk berkongsi maklumat berkenaan perniagaan ini kepada usahawan MARA Daerah MERSING. Bukan mudah orang perseoarangan/syarikat diberikan kepercayaan dan di jemput oleh pihak MARA untuk memberikan ceramah@perkongsian. Sudah pasti banyak 'faktor utama' yang membuatkan pihak MARA juga mempercayai khidmat / hasil kerja kami . Ini di anggap satu pengiktirafan yang cukup besar pada kami dan membuktikan yang kami mampu membantu anda juga !!
Untuk info, kami juga pernah di jemput oleh Pihak Felda Trading Sdn Bhd (Sebutharga untuk supply ke Pasaraya D'Mart  dibawah pengurusan Felda ) tetapi oleh kerana komitmen yang sangat tinggi di perlukan oleh pihak Felda, kami terpaksa menolak ..... :-(



Sebab 4 : Kami ada kedai serbaneka sendiri , stor, lori dan staff yg cukup


Banyak syarikat @ ejen bumiputera yang buat konsultan@supply barang RM2 ini hanya menjadi orang tengah/tiada kedai/tiada stor dan kelengkapan lain. Ada yang mula buat konsultan dan supply barang RM2 ini tiada pengalaman 'memiliki kedai dahulu' dan terus mula buat supply dan konsultan. Ini sangat berbeza dgn kami . Pada tahun 2010, kami buka dan jalan dahulu kedai RM2 di Tg Minyak Melaka.  Tahun  2013 kami berpindah lokasi (kontrak sewa kedai tamat) dan memulakan perniagaan kedai RM3 di Alor Gajah Melaka.  Pada tahun 2014 kami membuka lagi satu cawangan di Gadek,Melaka dan kali ini kami cuba kedai RM5 pula.  Pada tahun 2015 kami berpindah (kedai cawangan Alor Gajah ) ke lokasi baru (kedai corner lot dan lebih besar) di kawasan  Durian Tunggal dan kali ini kami mencuba konsep kedai serbaneka pula. Untuk info anda. kami telah mencuba pelbagai konsep dan cara untuk melihat sejauh mana potensi setiap konsep itu. Kami jalan sendiri semua konsep untuk mencari kelebihan/kelemahan supaya kami boleh berkongsi 'fakta dan pengalaman real' kepada anda semua. Kami tidak bermula seperti syarikat @ ejen lain, dimana mereka ini terus membuka syarikat borong/konsultan/supply brg RM2 tanpa 'melalui' terlebih dahulu proses mengurus dan tanpa mengetahui kelebihan@kekurangan sesuatu brg/konsep kedai.
Ini semua kos tambahan yg perlu tuan/puan ambil kira juga! Kos hantar , kos setup jika upah org luar atau lori luar dengan sendiri punya sudah pasti berbeza!

Anda dijemput datang ke kedai dan store kami dan kita boleh berbincang lanjut.. Jumpa dan tgk secara real. Kita nak ' deal' urusan puluhan ribu ringgit ni takkan dalam web sahaja :-)



Sebab 5 : Kami dah supply ratusan customer, dalam dan luar negara!


Sejak tahun 2010, sudah ratusan customer yang telah kami supply. Ada antaranya Dato, pemain bola sepak Malaysia, doktor, cikgu, peguam , orang bank, customer daripada Thailand, Brunei , Sabah Sarawak juga. Kami juga pernah supply barang untuk koperasi sekolah , koperasi UKM , kedai dalam Kem Tentera dan banyak lagi. Bukan mudah nak berurusan apabila melibatkan penghantaran jarak jauh, mengikut prosuder sesuatu pihak dan mengikut terma mereka. Kami juga bukan hanya supply kepada bumiputera sahaja, tetapi juga customer india dan cina.. Alhamdulillah mereka juga percayakan khidmat kami. Untuk gambar detail, sy boleh share di whatsapp....
( T-Shirt putih, ejen RM2 datang daripada Guanzhou ke Melaka jumpa saya )


 

Sebab 6 : Kami boleh supply lebih 10 kategori barang, beribu jenis pilihan barang dan kami mampu supply 80% brg lebih kurang sama dgn Kedai RM2 EcoShxp!  

PALING PENTING KAMI BUKAN HANYA SUPPLY BARANG CHINA SAHAJA !


Amat penting untuk mempelbagaikan jenis barang, kategori dan pilihan barang untuk di jual di kedai RM2 anda nanti. Customer yg masuk kedai anda kurang berminat jika anda menjual barang yg sama jenis sahaja, tetapi biarlah pelbagai jenis barang supaya customer ada pelbagai pilihan . Kami boleh supply lebih 10kategori barang , beribu jenis barang dan ada pilihan barang keluaran drpd China atau local made. Kebanyakkan supplier hanya fokus barangan china sahaja dan hanya fokus barang yang mereka boleh untung banyak shj (apabila nak supply kepada anda). Kami lebih utamakan barang boleh laku ( pastinya barang local made). Kebiasaanya untuk kami supply, ada beberapa faktor yg perlu kami tahu sebelum kami memberikan cadangan kategori, jenis barang, kuantiti satu barang dan barang keluaran china atau local made. Ini kerana setiap lokasi kedai yang kami supply pastinya berbeza market demand drpd customer . Kami mampu supply 80% barangan sama dgn EcoShxp kerana kebanyakkan kilang pembekal EcoShxp dari Melaka (kami dr Melaka). Lain-lain ejen/supplier RM2 juga boleh supply barang yang sama dgn EcoShxp tetapi pasti harga jual mereka kepada anda pasti mahal (kerana mereka di luar Melaka-KOS TINGGI).

FAKTA : 70% Barang yg laku di kedai RM2 EcoShxp adalah LOCAL MADE, bukan barang China. Jika anda tak percaya, boleh survey. Apa itu contoh barang local made? Whatsapp saya.....
JENIS KATEGORI : Kami ada 2 jenis kategori barang yang DIJAMIN tiada pada mana-mana supplier bumiputera yang lain dan pasti barang ini DIJAMIN antara HOT ITEM! Kami berani bagi jaminan jika barang ini tidak laku!


Sebab 7 : Harga barang serendah 80sen! 

Minima satu barang boleh ambil serendah 12pcs! 


Mungkin ada yang keliru kenyataan di atas. Kos barang yang kami supply kepada anda serendah 80sen, bukan semua barang harga 80sen  :-) .Ramai juga customer bertanya kenapa kami tidak mampu memberikan satu harga yang TETAP supaya mereka mudah membuat kiraan dan budjet. Sebenarnya itu adalah satu cara terselindung kebanyakkan supplier/pembekal barang RM2 untuk memaksimakan keuntungan mereka. Ini berlaku apabila anda membeli barang secara pukal (amaun yg banyak) dengan mereka. Mereka akan supply anda banyak barang kos murah dgn harga fix dan yang pasti mereka akan menerima untung yang banyak. Hakikat sebenar barang kos murah kebiasaanya adalah barang dalam kategori 'slow moving item'. Masalah harga kos ini hanya akan anda 'perasan'  apabila anda repeat order dgn supplier yang sama, dan pasti harga kos diberi awal order tidak akan sama dengan order kali kedua.

RAMAI YANG TIDAK FAHAM, BAHAWA SEMUA HARGA KOS BARANG DARIPADA CHINA ATAU LOCAL MADE 'BUKAN FIX PRICE'. CUBA GOOGLE !! SEMUA BERBEZA HARGA KOS .. 

Kaedah harga fix ini akan menyukarkan anda apabila repeat order nanti. Cuba lihat dan fahami situasi dibawah ini :-

Anda order RM30,000 barang daripada supplier xxxx. Semua barang di jual kepada anda RM1.30 (semua brg sama harga). Anda seronok kerana dpt untung yg banyak jika jual RM2. Hakikatnya , barang di beri kepada anda bersize kecil (kurang menarik) dan kurang laku (low demand).
Di pihak supplier pula, katakan satu barang kos 80sen, mereka jual kepada anda RM1.30 (supplier untung 50sen) . Jika anda order RM30,000, mereka ada untung RM11,500++ . Mereka akan pasti supply kepada anda barangan kos rendah lebih banyak (yang 80sen tadi) dan barang kos mahal (harga kos lebih 80sen) dalam kuantiti yang sikit. Mereka akan tetap untung banyak, betul?? ...
Mereka tetap untung banyak kerana anda order RM30,000. Jadi mereka akan pandai 'adjust' low cost item dan high cost item ( brg kos murah banyak, barang kos tinggi yg hot item kurang ) . Mereka lakukan cara sebegini untuk memudahkan kiraan untung/rugi mereka dan supaya 'katalog mereka' mampu menarik perhatian ramai.

Baiklah..Katakan anda repeat order RM500 sahaja. Saya jamin, satu harga tidak akan dapat diberi RM1.30 lagi kerana kuantiti order anda sikit, dan mereka kurang untung...Selepas itu baru anda tahu harga sebenar barang itu ( belum ditambah bermacam-macam kos baru lagi ). Kebanyakkan mereka akan minta anda tambah RM kuantiti order atau harga kos barang sudah pasti naik. Ini adalah masalah yang pasti berlaku jika peringkat awal diberi harga fix. Jika dulu order RM1.30 satu barang dan  jual RM2 anda untung 70sen, bila repeat order sikit , harga kos dah naik, maknanya untung anda makin sikit... susah la kan?  :-(

KAMI TIDAK MENGGUNAKAN KAEDAH HARGA FIX. BIASANYA KAMI BERI HARGA KOS YANG ASAL (anda order sikit atau order banyak tetap harga yg sama ). Ini untuk mengelakkan masalah timbul apabila anda repeat order. Kami juga lebih realistik dalam supply barang kepada anda, kerana kami mementingkan repeat order dan bukanlah hanya sekali sahaja anda order dengan kami. Jadi, kami akan mementingkan jenis barang laku untuk supply kepada anda dan bukan hanya fokus kepada barang kos murah semata-mata. Jika anda boleh untung, sudah pasti anda akan repeat order dengan kami, dan kami boleh berniaga berterusan...bukan sekali berniaga sahaja!

SEBAB ITU, ANDA LIHAT DALAM WEB/FB SUPPLIER LAIN, SANGAT JARANG MEREKA SHARE GAMBAR CUSTOMER REPEAT ORDER, KERANA KEBANYAKKANYA SEMUA FISRT TIME ORDER SAHAJA ! CER ANDA TGK FB PAGE KAMI... :-)


Sebab 8 : Banyak testimoni/maklum balas positif  'REAL' daripada customer kami. 

Bukan rekaan, bukan syok sendiri! 


Kami banyak menerima komen balas positif yang cukup baik daripada customer-customer kami. Kami tak reka komen, buat video sendiri mahupun angkat bakul masuk sendiri :-) . Orang takkan bagi komen positif jika mereka rasa tidak perlu, betul tak?  dan customer yang memberi komen ini anda juga boleh terus tanya mereka samaada komen diberi ikhlas atau kami paksa :-)
Cer lihat sebahagian komen ..kalau banyak sangat disini nanti RIAK namanya....

Sebahagian komen positif khidmat kami daripada customer-customer  ( FB Page kami) : 



Sebahagian respon positif kedai yang telah beroperasi hasil bantuan kami. Anda lihat 'sale kedai' mereka ini . Kami hanya bekalkan barang boleh laku, bukan barang kami untung banyak :-)




Sebab 9 : Kami tiada melantik mana-mana ejen/dropship/franchais dan lain lain.                 Kami juga direct supplier/kilang dan bukan pihak ketiga..


Apa yang anda faham mengenai konsep ejen? Ejen promosikan barang anda, dan anda beri komisen. Kami tidak melantik ejen (yang perlu bayar untuk jadi ejen) , kami tidak buka apa-apa cawangan franchais (yg kena ikut undang-undang kami)  mahupun kami tidak menjalankan dropship. Bila kami cas orang yang nak jadikan ejen kami, apa jadi jika anda tidak mampu melakukan 'sale'? Takkan 'burn' je duit anda kan? Nak atau tidak, kena buat sale la kan? Kami tidak mahu orang yg tiada pengalaman deal pasal 'order' kerana mereka hanya tahu untung tanpa memberikan pendapat@nasihat yang baik untuk pesanan anda nanti...so kami lebih suka semua customer order direct kami. Biar order kami tak sehebat 'ejen' namun kami mengharapkan kualiti order yang kami terima.

Jika ejen, sudah pasti harga kos barang akan lebih mahal untuk komisen mereka betul? Anda boleh kira sendiri 'berapa lapis' harga kos barang sebelum sampai ke pihak anda. Anda bayangkan, jika supplier yg anda ambil barang ini order dengan kilang lain (melalui salesman kilang) dan kemudian barang itu sampai kepada supplier pilihan anda. Harga yg supplier ini terima sudah pasti kilang akan cas lebih (sebab order direct salesman kilang untuk komisen salesaman) . Supplier anda ini akan tambah harga kos ini juga (untuk bayar ejen, dan untung supplier sendiri), dan akhirnya barang ini sampai ke pihak anda...dah berapa lapis harga kos tu bertambah ?

Kebanyakkan supplier menjadi orang tengah atau membeli barang direct kilang secara 'cash term'. Ini bermakna anda tidak membeli barang direct kepada pihak pertama atau pihak kedua. Anda telah menjadi pihak ketiga atau keempat ( anda>supplier>salesaman kilang>kilang ). Sebab itu jika anda order , mereka memerlukan bayaran penuh atau paling kurang 70% deposit (kerana mereka harus bayar kilang secara penuh-cash term). Kami paling kurang memerlukan deposit 50% dan kami biasanya order direct kilang (jika local made item - kilang di Melaka) manakala semua supplier di Malaysia adalah pihak ketiga termasuk kami (jika supply barang RM2 drpd China). Mereka yang buat supply ini juga kadang-kadang 'kitar modal anda' untuk supply barang kepada anda.

Kami juga tidak buat konsep franchais atau dropship. Jika anda order dengan kami, anda berhak tentukan sendiri apa konsep kedai anda, warna kedai, susunan kedai dan apa sahaja, KERANA KEDAI ITU MILIK ANDA, BUKAN KAMI. Kami hanya bantu bagi khidmat nasihat dan supply sahaja..dan bantu selepas itu, tetapi tidak 'kawal' kedai anda... Kedai anda, untung anda punya !


Sebab 10 : AFTER SALE SERVISE. Kami amat mementingkan servis sebelum dan selepas. Kami juga akan membantu 'PROMOSI kan ' kedai anda!


After sale servise atau servis selepas kami setup kedai anda sangat penting. Kami tidak terlalu mementingkan order kali pertama daripada anda sahaja, tetapi amat mementingkan selepas kali pertama anda order dengan kami. Biasanya , selepas 1@2 minggu kedai anda beroperasi, kami akan 'follow up' untuk melihat prestasi kedai anda. Jika maju, alhamdulillah dan jika sale kurang , kami akan memberikan beberapa khidmat nasihat yang bersesuaian untuk memastikan kedai anda mampu memberikan pulangan setimpal selepas anda mengeluarkan modal yang besar. Cuba lihat video di page HOME yang telah kami sertakan selepas kami follow up kedai tersebut.

Di peringkat permulaan , kami juga akan membantu untuk mempromosikan  kedai anda juga. Ini yang tiada pada mana-mana supplier. Kebanyakkannya ia sekadar 'one off bisnes' atau sekali order sahaja dan tiada bantuan sokongan. Kami akan bantu promosikan kedai tersebut di FB Page kami yang mempunyai 67,000 like... Contoh seperti bawah ini... dan banyak lagi di FB Kami...

Untuk repeat order juga kami mempunyai satu sistem mudah . Online katalog,FB katalog ..Tak perlu datang jumpa kami semata-mata nak repeat order... tapi jika dekat nak datang pun boleh...




Sebab 11 : SEMUA PEMBELIAN ANDA KAMI BERI  '2' JAMINAN/WARRANTY. Semua pembelian juga kami beri Resit Pembayaran, Invois Order (I/O) dan Bil Barang 


WOW! Beli barang dengan  kami ada 2 Jaminan? Ya, kami beri jaminan@warranty seminggu dan jaminan 3bulan. Selepas anda membeli barang dengan kami, anda layak terima 2 bentuk jaminan di atas ini (tertakluk kepada terma-terma yang dibenarkan). Jaminan ini khas diberikan kepada anda supaya 'konsep menang-menang' ini boleh memberikan anda keyakinan dan keselesaan didalam berniaga kedai RM2  ini. Untuk detail bentuk dan cara jaminan ini, sila call@whatsapp saya ....

Prosuder pembelian barang dengan kami adalah seperti dibawah ini:
1 - Anda maklumkan jumlah order dan jenis barang yang nak order kepada kami.
2 - Kami keluarkan invois utk order anda. Jika anda bersetuju, anda boleh jelaskan bayaran deposit
3 - Selepas bayaran deposit, kami keluarkan resit pembayaran utk salinan anda (Bukti Bayaran Anda)
4 - Kami proses order anda sehingga siap dan Bil Barang juga akan disiapkan untuk anda.
5 - Bil Barang di serahkan kepada anda (Bukti pembelian & Jaminan)


Sebab 12 :  KAMI ADA LEBIH 2000 JENIS BARANG DARIPADA PELBAGAI KATEGORI. Boleh order online dan boleh juga datang berjumpa untuk order


Kami ada lebih 2000 jenis barang berbeza kategori yang boleh dipilih untuk Kedai RM2. Anda boleh order barang secara online (katalog album online) dan anda juga boleh walk-in dan lihat katalog di kedai kami ( kami ada kedai, stor dan pejabat sendiri !!). Cuma untuk walk in order di kedai kami, sila pastikan anda 'sediakan masa yang mencukupi kerana order mengambil masa yg lama' dan pastikan maklumkan kepada kami sebelum datang (untuk temujanji masa) .

Dalam proses : Kami sedang siapkan Application di Android/IOS (download dan save di HP). Anda boleh 'real view' dan sentiasa akan di maklumkan stok terkini dan harga semasa. Anda juga boleh terus order menggunakan HP anda selepas ini. Selepas APPS siap, kami akan maklumkan di fb page kami...




TAHNIAH kerana anda habis baca semua penjelasan di atas. 12 sebab utama kenapa anda harus memilih dan menggunakan khidmat kami. Sebenarnya ada banyak lagi. Jika nak kira berdasarkan testimoni customer kami, rasanya banyak sangat nak di masukkan di dalam web ni. 

Pemilihan konsultan / pembekal barang RM2 sangat penting. Ini kerana anda akan 'bergantung' kepada mereka ini didalam proses untuk membuka kedai RM2. Salah pilih sendiri rugi. Anda keluarkan modal buka kedai RM2 bukan ratusan ringgit tetapi puluhan ribu ringgit. Maka amat penting untuk anda menilai semua 'sebab' di atas ini  dan tidak tersalah pilih. 

Jika anda masih mempunya keraguan, jangan segan sila hubungi atau whatsappa saya atau isi borang 'BERMINAT BUKA' di atas. Insya Allah saya akan jelaskan dengan lebih lanjut...



UNTUK KETERANGAN LEBIH DETAIL/ KATALOG GAMBAR SILA ISI BORANG. 
ANDA JUGA BOLEH TERUS EMAIL : borongrm2@gmail.com